Cara Jual Rumah Tanpa Ejen Hartanah

Posted by:

|

On:

|

Cara Jual Rumah Tanpa Ejen Hartanah

1.  Menentukan Harga Jualan Hartanah yang Wajar.

Cari maklumat berkaitan harga jualan dikawasan sekitar unit yang hendak dijual. Pastikan harga jualan tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah dari harga transaksi sedia ada. Harga perlu seiring dengan keadaan semasa agar rumah mudah dijual dengan lebih cepat.

2.  Sediakan Maklumat berkaitan Hartanah yang Komprehensif.

Sediakan maklumat penting seperti gambar, video, maklumat teknikal dan perkara menarik berkaitan hartanah yang ingin dijual. Bahan yang menarik membantu menarik perhatian bakal pembeli hartanah.

3.  Pemasaran dan Pengiklanan Hartanah.

Membuat pemasaran dan pengiklanan di portal jualan hartanah dan media sosial untuk mencari pembeli yang berminat. Terdapat perlbagai saluran yang boleh diiklankan.

4.  Urusan Viewing Hartanah.

Mengatur urusan tinjauan rumah bersama dengan bakal pembeli yang berminat dengan hartanah yang ingin dijual. Masa perlu diluangkan bagi mengatur urusan tinjauan rumah. Kemungkinan tinjaun dilakukan beberapa kali bagi memberi kepuasan kepada bakal pembeli supaya berminat dengan hartanah yang ingin dijual.

5.  Sesi Rundingan Harga Jualan Hartanah.

Jika pembeli berminat dengan hartanah tersebut, penjual berunding dengan pembeli berkaitan harga jualan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Rundingan dilakukan sehingga pembeli dan penjual bersetuju dengan harga yang jualan.

6.  Perjanjian Jual Beli dan Pindah Milik Hartanah.

Melantik peguam bagi proses jual beli dan pindah milik untuk hartanah yang ingin dijual. Proses jual beli lebih mudah diuruskan dengan mengunakan peguam yang direkomendasi.  

7.  Penyerahan Kunci Hartanah yang telah di Jual.

Menyerahkan kunci rumah yang telah dijual dan memastikan keadaan rumah yang dijual dalam keadaan yang baik seperti yang dipersetujui serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

TETAPI…….Jika tidak menggunakan khidmat ejen hartanah, APAKAH RISIKONYA???

1.  Rumah tidak terjual kerana HARGA yang TINGGI dan tidak WAJAR.

Tidak mendapat maklumat yang terperinci kepada keadaan semasa pasaran dan tidak faham kepada permintaan hartanah semasa. Akibatnya, rumah mengambil masa lebih lama untuk terjual.

2.  Cara PEMASARAN dan PENGIKLANAN yang tidak EFEKTIF.

Tidak mempunyai akses yang lebih baik dalam pengiklanan. Ejen hartanah biasanya mempunyai lebih akses kepada bakal pembeli kerana mempunyai data semasa dan jaringan yang lebih meluas.

3.  Proses NEGOSIASI yang tidak berkesudahan dan tiada jalan penyelesaian yang baik.

Penawaran harga dan permintaan harga yang tidak seimbang serta syarat-syarat yang berkaitan tidak dapat dipenuhi akibat kurangnya pengetahuan. Negosiasi yang baik adalah apabila penjual dan pembeli mempunyai kata sepakat pada sesuatu transaksi dari segi harga dan syarat.

4.  Kelewatan dalam urusan PENJUALAN.

Proses mungkin memakan masa yang lama kerana terdapat pelbagai peringkat yang perlu di lakukan dan kurangnya pengalaman dalam menguruskan sesuatu transaksi. Kebiasaanya, ejen hartanah lebih faham tentang sesuatu urusan jualan dan cara untuk mengelakkan dari kelewatan urusan jualan.

5.  Proses DOKUMENTASI yang rumit dan kompleks.

Dokumentasi rumit dan kompleks melambatkan proses penjualan hartanah. Akibatnya proses melangkaui masa yang ditetapkan. Proses penjualan tidak semudah yang disangkakan. Terma-terma yang jarang digunakan boleh mengelirukan pemahaman.

KEPENTINGAN menggunakan Khidmat Ejen Hartanah

1.  Faham situasi semasa harga pasaran hartanah setempat.

Memahami trend harga semasa, permintaan pembeli dan kondisi ekonomi semasa. Pemahaman tentang trend semasa dapat mengurangkan risiko penilaian hartanah yang salah dan tidak masuk akal.

2.  Pemasaran yang EFEKTIF.

Memiliki rangkaian jaringan yang besar dan platform jualan yang lebih luas. Berkemahiran menghasilkan gambar dan video yang menarik bagi meningkatkan tahap minat pembeli. Ini akan memudahkan dan menjimatkan masa dalam urusan pencarian bakal pembeli yang sesuai dan berminat dengan hartanah yang ingin dijual.

3.  Saringan PEMBELI.

Menapis bakal pembeli dengan efektif agar dapat mengelakkan dari pembeli tidak serius atau tidak memenuhi kriteria tertentu. Tidak semua yang mampu itu layak untuk membeli sesuatu hartanah tertentu. Ejen membantu mengenalpasti bakal pembeli yang sesuai terhadap sesuatu hartanah tersebut.

4.  Kemahiran NEGOSIASI.

Terlatih dengan kemahiran negosiasi agar pihak penjual dan pembeli dapat kata sepakat dalam menguruskan urusan penjualan hartanah. Urusan penjualan hartanah dapat diselesaikan dengan bijak dan saksama.

5.  Kemahiran HUKUM dan DOKUMENTASI.

Membantu menguruskan urusan dokumen dengan tepat dan memastikan urusan undang-undang dipatuhi. Membantu agar proses jualan dipatuhi dan dilakukan dengan tertib berdasarkan undang-undang semasa.

6.  Pengetahuan PROFESIONAL.

Ejen berpengetahuan dengan undang-undang dan polisi semasa serta perkembangan terkini dan kaedah pemasaran yang berkesan. Perubahan semasa berkaitan hartanah difahami dengan baik agar dapat memberikan khidmat nasihat yang terbaik dalam urusan penjualan hartanah.

7.  JIMAT Tenaga dan Masa.

Penjual tidak perlu membuang tenaga dan waktu untuk urusan jual beli kerana telah melantik orang yang lebih pakar dalam menguruskan hal berkaitan penjualan hartanah. Penjual dapat focus kepada perkara-perkara yang lebih penting.

ELAKKAN BERURUSAN DENGAN PIHAK

1.  Tidak berdaftar dengan Agensi dan LPPEH

Tiada REN TAG. Kemungkinan ejen hartanah tersebut adalah palsu dan tidak menguruskan dengan proses yang betul.

2.  Alat pengiklanan tidak mempamerkan nama Agensi.

Iklan dimedia sosial tidak mempamerkan nama agensi. Tidak dipantau oleh syarikat dan berkemungkinan ejen hartanah yang palsu.

UNTUK URUSAN JUAL BELI

BOLEH HUBUNGI SAYA FAIRUL HAFIFI

PERUNDING HARTANAH

MAXXAN REALTY SDN BHD

REN52261

0197343944

#REN52261 #fairulharta #hartanahjb #propertyjb #subsale #propertyjohor #johorbahru #underconstruction #lelong #hartanah #ejenhartanah #hartanahrumah #sewa #kedai #kilang #tanah

Posted by

in