1. Rumah tidak terjual kerana HARGA yang TINGGI dan tidak WAJAR.
- Tidak mendapat maklumat yang terperinci kepada keadaan semasa pasaran dan tidak faham kepada permintaan hartanah semasa. Akibatnya, rumah mengambil masa lebih lama untuk terjual.
2. Cara PEMASARAN dan PENGIKLANAN yang tidak EFEKTIF.
- Tidak mempunyai akses yang lebih baik dalam pengiklanan. Ejen hartanah biasanya mempunyai lebih akses kepada bakal pembeli kerana mempunyai data semasa dan jaringan yang lebih meluas.
3. Proses NEGOSIASI yang tidak berkesudahan dan tiada jalan penyelesaian yang baik.
- Penawaran harga dan permintaan harga yang tidak seimbang serta syarat-syarat yang berkaitan tidak dapat dipenuhi akibat kurangnya pengetahuan. Negosiasi yang baik adalah apabila penjual dan pembeli mempunyai kata sepakat pada sesuatu transaksi dari segi harga dan syarat.
4. Kelewatan dalam urusan PENJUALAN.
- Proses mungkin memakan masa yang lama kerana terdapat pelbagai peringkat yang perlu di lakukan dan kurangnya pengalaman dalam menguruskan sesuatu transaksi. Kebiasaanya, ejen hartanah lebih faham tentang sesuatu urusan jualan dan cara untuk mengelakkan dari kelewatan urusan jualan.
5. Proses DOKUMENTASI yang rumit dan kompleks.
- Dokumentasi rumit dan kompleks melambatkan proses penjualan hartanah. Akibatnya proses melangkaui masa yang ditetapkan. Proses penjualan tidak semudah yang disangkakan. Terma-terma yang jarang digunakan boleh mengelirukan pemahaman.
